10 June 2015

MANUAL UNTUK MENDAPATKAN YES ID DAN PASSWORD 1BESTARINET FROG VLE

Assalamualaikum. Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga SK Tanjong Bidara, pihak sekolah sedang memperkenalkan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1Bestarinet FROG VLE. 1Bestarinet adalah inisiatif unggul Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment) yang membolehkan pelajar, guru dan ibu bapa mengakses platform pembelajaran ini.

Dalam pelaksanaan program ini, setiap pelajar dan ibu bapa/ penjaga akan diberikan satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai guna. Sebagai ibu bapa, tuan/puan akan dapat mengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai maklumat khas yang akan dipaparkan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa/ Penjaga boleh mendapatkan Yes ID dan Password untuk mengakses platform FROG VLE dengan mengikuti langkat-langkah di bawah:

















2. Klik Retrieve my ID pada pautan di sebelah kanan laman web.












3. Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan dan klik pada pautan carian (search).













4. Yes ID akan dipaparkan. Klik pada Continue.












5. Pada halaman Password Retrieval, masukkan nombor telefon dan alamat email. Seterusnya klik pautan Send Password. Kata laluan akan dihantar melalui sms dan emel pengguna.












6. Klik https://mba0002.1bestarinet.net untuk akses kepada paltform FROG VLE SK Tanjong Bidara. Sila gunakan pelayar web Google Chrome.
7. Masukkan Yes ID dan Password dan klik Login.
8.**Sebarang pertanyaan atau kegagalan untuk mendapatkan YES ID boleh terus emelkan kepada vleadmin.MBA0002@yes.my

Video Cara-cara mendapatkan Yes ID dan Password 1Bestarinet FROG VLE

04 June 2015

PROGRAM FROG VLE CUTI SEKOLAH

Program Frog Vle semasa cuti sekolah bermula Isnin hingga Rabu( 1- 3 Jun) dari jam 9.00 hingga 11.30 pagi terbuka kepada murid-murid Tahap 2. Jutaan terima kasih kepada yang hadir untuk perkongsian ilmu ini dan yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program ini.


 

29 May 2015

PROGRAM MOTIVASI KEMBARA MALAM (QIAMULLAIL & SOLAT HAJAT):MEMBENTUK ROHANI & SAHSIAH CEMERLANG

Program ini diadakan untuk semua murid Tahun 6 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru Tahun 6 SK Tanjong Bidara. Program ini diadakan pada 29 Mei hingga 30 Mei 2015 bertempat di Dewan SK Tanjong Bidara. Pengisian program ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah yang sangat dituntut oleh agama. Qiamullail adalah sumber kekuatan rohani bagi orang mukmin. Diharapkan dengan program sebegini murid-murid SK Tanjong Bidara bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh. Terima kasih kepada semua guru yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Moga program qiammullail menjadi amalan harian kita. Inshaa Allah.





24 May 2015

HARI KELUARGA SKTB

Hari keluarga SKTB telah diadakan pada 23 & 24 Mei 2015 bertempat di PD Sanctuary Apartment. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang hari keluarga ini berlangsung. Terima kasih kepada yang telah memberi kerjasama erat bagi menjayakan aktiviti yang pertama kali dianjurkan untuk warga SK Tanjong Bidara. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu Kelab Guru dan Staf SK Tanjong Bidara yang berjaya merealisasikan perancangan kelab. Syabas!



18 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

Majlis Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 18 Mei 2015. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Acara sukaneka dan persembahan guru diadakan dengan jayanya. Tahniah kepada Kelab Guru dan Staf SK Tanjong Bidara. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis sambutan ini. Syabas!


04 May 2015

BULAN SAINS SK TANJONG BIDARA

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan Mei 2015 yang merupakan bulan Sains. Antara aktiviti menarik adalah Giant Bubbles, Volcano, White Snake dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat menanam minat murid dalam Sains. Tahniah kepada Panitia Sains yang telah menganjurkan dan menjayakan bulan Sains ini. Terima kasih kepada semua guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung. Syabas!

 

23 April 2015

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-19

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke -19 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 April 2015. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada perasmi kejohanan sukan tahunan pada kali ini iaitu YB Datuk Latipah binti Hj Omar; YDP PIBG SK Tanjong Bidara. Terima kasih juga kepada seluruh warga SK Tanjong Bidara yang telah bertungkus-lumus menjayakan sukan tahunan dengan jayanya. Syabas dan tahniah!