25 August 2015

LARIAN MERDEKA

Larian Merdeka diadakan sempena menyambut Hari kemerdekaan yang ke 58. Larian ini diadakan pada 25 Ogos 2015 bermula jam 3.30 petang semasa aktiviti kokurikulum. Peserta larian telah dilepaskan oleh Guru Besar SK Tanjong Bidara, Encik Ibrahim bin Hj Othman. Kesemua peserta larian ini, membawa Jalur Gemilang semasa berlari untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan. Terima kasih diucapkan kepada pihak polis kerana telah membantu mengawal lalu lintas agar keselamatan peserta larian terkawal. Selepas acara larian merdeka ini tamat, aktiviti permainan rakyat dimulakan. Antaranya ialah permainan congkak, capteh, sepak raga, batu seremban dan keting ting. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Syabas!   

19 August 2015

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 19 Ogos 2015. Tema kemerdekaan pada tahun ini adalah "Sehati Sejiwa". Nyanyian lagu-lagu patriotik telah memeriahkan majlis pelancaran ini. Tahniah diucapkan kepada Panitia Sains Sosial kerana telah berjaya menganjurkan majlis pelancaran ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini dengan gilang-gemilang. Syabas!