Showing posts with label 1BestariNet. Show all posts
Showing posts with label 1BestariNet. Show all posts

07 July 2015

PROGRAM PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE

Program ini dijalankan pada 22 Jun 2015 hingga 10 Julai 2015 bermula pada hari Isnin hingga Khamis jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini melibatkan semua guru untuk membina sekurang-kurangnya satu laman pembelajaran yang boleh digunakan dalam proses PdP. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang membantu melancarkan program ini dan guru-guru yang menyertai program ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru yang berjaya membina laman pembelajaran mereka sendiri.



13 February 2013

1BestariNet

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Tahniah diucapkan kerana sekolah ini telah mendapat kemudahan baru yang akan dinikmati oleh semua warga SK Tanjong Bidara. Apa itu 1BestariNet? Ianya merupakan satu evolusi daripada rangkaian Schoolnet yang tamat pada 2010. Sistem ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2013 melibatkan 10 000 buah sekolah terpilih di seluruh negara. Rangkaian akan dipasang secara End to End (E2E) dengan liputan yang lebih luas. Ianya adalah merupakan satu prasarana internet berkelajuan tinggi 4G sehingga 10Mb/s menggunakan fiber optic yang meliputi capaian tanpa wayar dengan liputan seluas 1km radius. Projek ini akan mengintergasikan semua yang berada dalam sistem pendidikan termasuk ibu bapa serta komuniti. Sistem rangkaian ini akan menyediakan prasarana terbaik untuk mempromosikan pembelajaran secara maya kepada pelajar ( Virtual Learning Environment). Diharapkan dengan kemudahan yang disediakan ini, warga pendidik dapat menggunakan semaksimumnya untuk menyediakan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.