14 September 2013

LAWATAN KE TAMAN NEGARA, PAHANG

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan semasa lawatan ke Taman Negara, Pahang.







01 August 2013

Sekitar Mesyuarat PIBG 2013

Tahniah kepada semua yang telah hadir. Kerjasama anda amat kami hargai.

09 July 2013

Sukan Tahunan

Kejohanan Sukan Tahunan telah diadakan dengan gilang gemilangnya. Tahniah kepada semua yang telah memberi kerjasama.

10 June 2013

Tahniah !

Assalamualaikum warga SKTB. Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Ain Jannah bt Asri dari kelas 6 Adil yang telah mengharumkan nama sekolah dengan Pertandingan Bola Tampar Perempuan Bawah 12 tahun. Adik Ain Jannah telah mewakili negeri Melaka di peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan.



 

16 May 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Assalamualaikum semua warga SKTB. Sambutan hari guru diadakan pada 16 Mei 2013. Sukaneka antara guru dan persembahan daripada guru turut diadakan bagi memeriahkan sambutan ini. Tahniah dan syabas dengan kerjasama yang telah diberikan.



26 April 2013

Majlis Tilawah Quran 2013

Pada 6 April, sekolah kami telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Tilawah Quran. Majlis telah berlangsung dengan lancarnya. Tahniah dan syabas dengan kerjasama yang telah diberikan.

18 April 2013

08 March 2013

Tahniah kepada pemain Catur sekolah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Sekalung tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan pemain catur sekolah yang telah berjaya menempa nama di peringkat daerah dan negeri. Kejohanan catur ini telah dikelolakan oleh SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim pada 2 Mac ( Sabtu) bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga 5.30 petang. Tahniah kepada adik Muhammad Hamizan Ariff dan Nur Ain Roslan yang telah mengharumkan nama sekolah. Tahniah dan syabas!

07 March 2013

Program LDAP 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Program LDAP ini telah diadakan pada 2 Mac (Sabtu) bertempat di Pusat Jalur Lebar di Kg Sg Tuang. Program bersama komuniti ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Semua guru yang hadir telah menduduki ujian 1 Citizen yang telah dikendalikan oleh staff Pusat Jalur Lebar tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat kerana telah menjayakan program bersama komuniti ini. Syabas!

04 March 2013

Majlis Penutup Minggu Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Majlis penutupan Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 1 Mac bersamaan pada hari Jumaat. Beberapa persembahan daripada murid telah memeriahkan majlis ini. Para pemenang sepanjang Minggu Bahasa Melayu turut menerima hadiah. Tahniah diucapkan. Semoga kecemerlangan dan kegemilangan akan terus dikekalkan. Syabas kepada para pemenang!  

27 February 2013

Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis watikah pelantikan pemimpin muda 2013. Majlis ini telah disempurnakan pada 25 Februari bersamaan hari Isnin. Antara pemimpin muda yang menerima watikah pelantikan adalah pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas BOSS, Pembimbing Rakan Sebaya, ketua dan penolong ketua kelas. Tahniah diucapkan. Semoga dengan watikah yang telah disampaikan serta ikrar yang dilafazkan dapat memantapkan lagi kepimpinan pemimpin cilik ini. Syabas!

25 February 2013

Motivasi Tahun 6 bersama Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 23 Februari ( Sabtu), sebuah program motivasi Tahun 6 bersama ibu bapa telah diadakan. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Khairuddin telah menyampaikan motivasi pada kali ini. Program ini telah berjalan dengan lancar dan tahniah diucapkan kepada murid, ibu bapa dan guru yang telah menjayakan program motivasi ini. Syabas dan tahniah!

17 February 2013

Sepetang bersama Pengarah Pelajaran Melaka

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pengarah Pelajaran Melaka iaitu Tn Hj Kasim bin Mohamad telah mengadakan lawatan ke sekolah ini pada 14 Februari ( Khamis) pada pukul 2 petang. Perjumpaan ilmiah ini adalah antara pentadbir dan semua guru SK Tanjong Bidara. Terima kasih dengan kesudian beliau ke sekolah ini dan syabas kepada semua guru yang telah hadir.

13 February 2013

1BestariNet

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Tahniah diucapkan kerana sekolah ini telah mendapat kemudahan baru yang akan dinikmati oleh semua warga SK Tanjong Bidara. Apa itu 1BestariNet? Ianya merupakan satu evolusi daripada rangkaian Schoolnet yang tamat pada 2010. Sistem ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2013 melibatkan 10 000 buah sekolah terpilih di seluruh negara. Rangkaian akan dipasang secara End to End (E2E) dengan liputan yang lebih luas. Ianya adalah merupakan satu prasarana internet berkelajuan tinggi 4G sehingga 10Mb/s menggunakan fiber optic yang meliputi capaian tanpa wayar dengan liputan seluas 1km radius. Projek ini akan mengintergasikan semua yang berada dalam sistem pendidikan termasuk ibu bapa serta komuniti. Sistem rangkaian ini akan menyediakan prasarana terbaik untuk mempromosikan pembelajaran secara maya kepada pelajar ( Virtual Learning Environment). Diharapkan dengan kemudahan yang disediakan ini, warga pendidik dapat menggunakan semaksimumnya untuk menyediakan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

  


08 February 2013

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 6 Februari ( Rabu), sekolah kami telah mengadakan sebuah program perkongsian pintar antara Sekolah Sultan Alam Shah. Program ini turut disertai oleh Sekolah Sains Seri Puteri dan Sek Men Putrajaya Presint 9(1). Di samping itu juga, delegasi dari luar negara turut serta adalah dari St Michael Senior High School Kobe, Kokusai Gakuin High School Tokyo, Hwa Choong Institute Singapore, Junior Language Skola Czech Republic, Sekolah Islam Al-Fikri Depok Indonesia dan sekolah dari Filipina. Program yang julung kalinya dianjurkan turut dimeriahkan dengan kehadiran YDP PIBG sekolah iaitu YB Datuk Latipah bt Hj Omar, dan wakil-wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah. Program ini dimulakan dengan sesi motivasi untuk murid Tahun 5dan 6 oleh pelajar-pelajar SBP yang hadir pada hari itu. Seterusnya beberapa persembahan dari murid-murid SK Tanjong Bidara dipersembahkan. Setelah itu, permainan tradisional iaitu gasing dan congkak dipersembahkan dan ini telah menarik minat delegasi dari luar negara. Kerjasama daripada semua pihak telah menjayakan program perkongsian pintar ini. Tahniah dan syabas!

   

29 January 2013

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Tahniah dan syabas kerana telah berjaya melancarkan program sekolah penyayang pada 28 Januari 2013 ( Isnin). Pelancaran ini dilakukan semasa perhimpunan rasmi sekolah dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Tanjong Bidara iaitu Tn Hj Mutallif Che Mat. Majlis pelancaran ini dimeriahkan lagi dengan semua murid dan guru menyanyikan lagu  Selamat Hari Lahir kepada murid dan guru yang lahir pada bulan Januari. Tahniah diucapkan.



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 25 Januari 2013 ( Jumaat), majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah dilaksanakan, bertempat di surau sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin. Majlis diteruskan lagi dengan semua murid berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ceramah tentang keperibadian terpuji Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Jupri Amsah mengakhiri majlis sambutan Maulidur Rasul. Semoga amalan kita menyambut Maulidur Rasul diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. Insyaa Allah. WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.



KURSUS KEPIMPINAN MUDA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Kursus kepimpinan muda ini telah dilaksanakan pada 19 Januari 2013 ( Sabtu), bertempat di dewan sekolah. Semua pemimpin muda sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pembantu rakan sebaya, pengawas Boss, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah menyertai kursus ini. Kaunselor dari SM Teknik Dato' Mat Zin, Alor Gajah iaitu Puan Azizah bt. Ahmad telah mengendalikan slot motivasi untuk pemimpin-pemimpin muda ini. Setelah selesai slot motivasi, kursus ini telah diteruskan lagi dengan slot LDK yang telah dikendalikan oleh beberapa orang guru yang telah dilantik sebagai fasilitator. Kursus ini berjalan dengan lancar dan kerjasama daripada semua pihak telah menjayakannya. Syabas!



17 January 2013

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majlis perjumpaan ibu bapa Tahun 6 telah dilaksanakan pada 4 Januari 2013 pada pukul 2.30 petang bertempat di dewan sekolah. YDP PIBG sekolah iaitu Datuk Latipah bt Omar, telah merasmikan majlis seterusnya majlis ini diteruskan lagi dengan dialog ibu bapa bersama guru-guru yang mengajar Tahun 6 2013. Beberapa strategi dicadangkan dan dibincang bersama-sama untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah. Moga kerjasama dan hubungan baik antara pihak sekolah dan para ibu bapa ini dapat dikekalkan dan bersama-sama memantapkan lagi kecemerlangan prestasi sekolah.

  

02 January 2013

Minggu Suai Kenal Tahun 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu suai kenal Tahun 1 telah berlangsung selama dua minggu. Semua murid Tahun 1 didedahkan dengan suasana sekolah sepanjang minggu ini. Segala peraturan semasa di dalam kelas, di bilik-bilik khas, dan undang-undang sekolah sentiasa di ingatkan kepada murid-murid ini. Diharapkan agar kanak-kanak ini akan menjadi murid yang berdisiplin dan cemerlang dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Terima kasih di atas kerjasama erat antara guru-guru yang telah menjayakan minggu suai kenal ini. 

 

01 January 2013

Selamat Datang & Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 27 Disember 2012, orientasi untuk pra sekolah dan murid-murid Tahun 1 telah diadakan. Majlis telah dimulakan seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Moga anak-anak didik ini menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti. Insyaa Allah.





Selamat Tahun Baru


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Warga SK Tanjong Bidara mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga 2013 membawa lebih banyak kejayaan yang bakal dicapai dan menjadi sebuah sekolah yang melahirkan ramai murid yang cemerlang. Insyaa Allah.