08 February 2013

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 6 Februari ( Rabu), sekolah kami telah mengadakan sebuah program perkongsian pintar antara Sekolah Sultan Alam Shah. Program ini turut disertai oleh Sekolah Sains Seri Puteri dan Sek Men Putrajaya Presint 9(1). Di samping itu juga, delegasi dari luar negara turut serta adalah dari St Michael Senior High School Kobe, Kokusai Gakuin High School Tokyo, Hwa Choong Institute Singapore, Junior Language Skola Czech Republic, Sekolah Islam Al-Fikri Depok Indonesia dan sekolah dari Filipina. Program yang julung kalinya dianjurkan turut dimeriahkan dengan kehadiran YDP PIBG sekolah iaitu YB Datuk Latipah bt Hj Omar, dan wakil-wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah. Program ini dimulakan dengan sesi motivasi untuk murid Tahun 5dan 6 oleh pelajar-pelajar SBP yang hadir pada hari itu. Seterusnya beberapa persembahan dari murid-murid SK Tanjong Bidara dipersembahkan. Setelah itu, permainan tradisional iaitu gasing dan congkak dipersembahkan dan ini telah menarik minat delegasi dari luar negara. Kerjasama daripada semua pihak telah menjayakan program perkongsian pintar ini. Tahniah dan syabas!

   

No comments:

Post a Comment