30 September 2010

Program ICT selepas UPSR


Peperiksaan UPSR telah pun selamat diduduki oleh semua murid. Pihak sekolah telah mengadakan program selepas peperiksaan UPSR. Program yang melibatkan ICT akan diadakan selama 2 minggu bermula pada 27 September hingga 8 Oktober 2010. Program ICT ini diadakan selepas waktu rehat murid Tahap 2 iaitu pada jam 11.15 sehinggalah 12.30 tengah hari. Program ini memberi pendedahan ICT kepada murid-murid Tahun 6 dengan aktiviti seperti pengenalan akaun gmail, pembinaan laman blog dan pembinaan bahan pembelajaran dengan penggunaan Microsoft Office 2007. Semoga dengan program sebegini dapat memberi pendedahan ICT kepada semua murid Tahun 6 agar dapat menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran ICT dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada pihak yang sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini. Kerjasama anda amatlah dihargai.