18 September 2015

LAWATAN SELEPAS UPSR KE LEGOLAND

Lawatan ke Legoland merupakan lawatan yang dirancang oleh Unit Lawatan sekolah bersama Unit Bimbingan kaunseling khas untuk murid-murid Tahun 6 selepas menduduki peperiksaan UPSR. Lawatan ini melibatkan seramai 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring yang telah diadakan pada 17 September 2015 ( Khamis). Taman tema Legoland ini merupakan taman lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia. Lokasi taman tema ini terletak di kawasan Nusajaya, Iskandar Malaysia di Johor. Banyak bangunan yang menarik yang dibuat menggunakan permainan lego dapat dilihat di taman tema ini seperti KLCC, Bandar Johor Bharu dan pelbagai lagi bangunan-bangunan yang cantik di negara lain juga dihasilkan menggunakan permainan lego ini. Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat dan pengalaman baharu buat murid-murid Tahun 6 SK Tanjong Bidara.

      

08 September 2015

LAWATAN TAMING SARI

Sepanjang minggu peperiksaan UPSR, satu lawatan yang dianjurkan oleh Unit Lawatan SK Tanjong Bidara telah diadakan. Lawatan  ke Taming Sari diadakan bermula pada 8 hingga 10 September 2015. Seramai 179 orang murid dan 17 orang guru yang telah terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Murid-murid yang terlibat berpeluang menyaksikan keindahan bumi Melaka dari ketinggian 80 meter. Selain itu juga, murid-murid turut merasai pengalaman menaiki pengangkutan Bas panorama yang digunakan oleh orang awam. Terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan kepada yang telah terlibat dalam menjayakan lawatan ini.

    

03 September 2015

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UPSR

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR diadakan khusus untuk murid-murid tahun 6 SKTB yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa Guru dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling dan guru-guru SKTB. Majlis ini telah dilaksanakan di Masjid Pasir Gembur Tanjong Bidara melibatkan semua guru SKTB, murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa masing-masing dan qariah masjid atau penduduk kampung. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mendoakan kejayaan murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR agar dapat menghadapi peperiksaaan dengan lancar dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk kampung, ibu bapa, murid-murid tahun 6 dan guru-guru SKTB yang hadir dalam menjayakan majlis yang diadakan. Terima kasih semua. Tahniah .