13 August 2010

Bulan Ceria Merdeka





Pada 10 Ogos 2010, pelancaran Bulan Ceria Merdeka telah dianjurkan. Pelancaran ini diadakan agar semua murid SK Tanjong Bidara sama-sama menghayati bulan kemerdekaan dan menghayati erti kemerdekaan. Walaupun cuaca hujan renyai pada pagi itu, semangat kemerdekaan yang ada dalam jiwa setiap murid SK Tanjong Bidara tetap membara, sama-sama melaungkan MERDEKA, bergema di setiap ruang dewan sekolah. Semoga dengan pelancaran Bulan Ceria Merdeka, semua murid akan terus mencintai negara dan mengenang jasa para pemimpin yang telah banyak berjasa menuntut kemerdekaan negara kita yang tercinta.

12 August 2010

Hari Persaraan Guru Besar




Warga SK Tanjong Bidara telah mengadakan Majlis Persaraan Guru Besar, Pn Hjh Rabiah Budin pada 19 Julai 2010. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Melaka iaitu Tn Hj Isa Hj Abu, Pegawai PPD Alor Gajah, Guru Besar dan Pengetua sekolah yang berhampiran. Majlis gilang gemilang itu berjalan dengan lancar dan warga SK Tanjong Bidara akan sentiasa mengenang jasa mantan Guru Besar untuk selamanya.