21 November 2014

MAJLIS MAKAN MALAM SIMFONI KASIH

Sekitar majlis makan malam Simfoni Kasih yang telah diadakan di Tanjong Bidara Beach Resort bertemakan Arabian Night. Terima kasih di atas kerjasama warga SKTB.


MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

Sekitar Majlis Persaraan Pn Hjh Khadijah Hj Arshad pada 21 November 2014. Terima kasih diucapkan kepada beliau sepanjang bertugas di sekolah ini. Jasa beliau akan dikenang selamanya. Turut diraikan buat Pn Sharida Ishak yang akan bertukar ke SK Paya Rumput bermula 2015. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada warga SK Tanjong Bidara yang telah menjayakan majlis ini.

  

17 July 2014

SOLAT HAJAT UPSR 2014

Majlis solat hajat untuk UPSR telah diadakan pada 17 Julai 2014. Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa yang telah hadir dan anak-anak murid Tahun 6 yang telah menjayakan majlis solat hajat ini. Semoga semua yang dihajati diperkenankan olehNYA. Aamiin Yarrabb..

16 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Sambutan Hari Guru diperingkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2014. Acara sukaneka antara guru telah diadakan dengan meriahnya. Pada sebelah petang pula diadakan majlis hi tea di Hotel Pantai Puteri, Melaka. Terima kasih diucapkan dengan kerjasama yang telah diberikan oleh warga SK Tanjong Bidara. Syabas dan tahniah.

10 April 2014

TERIMA KASIH, BUDIMU KU KENANG

Majlis Persaraan Guru Besar SK Tanjong Bidara, Tuan Haji Abd Mutallif bin Che' Mat pada 10 April 2014. Terima kasih cikgu!

21 March 2014

AKTIVITI MERENTAS DESA 2014

Gambar-gambar sekitar aktiviti merentas desa 2014. Terima kasih warga SK Tanjong Bidara. Syabas!

MESYUARAT PIBG 2014

Sekitar mesyuarat PIBG 2014. Terima kasih dengan kerjasama yang diberikan. Tahniah dan syabas!

07 March 2014

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI ALIAS MUHAMAD

Sekitar Majlis Persaraan Tuan Haji Alias bin Muhamad yang telah diadakan pada 7 Mac 2014 ( Jumaat). Terima kasih Cikgu Alias kerana telah mencurahkan bakti dan ilmu buat anak-anak SK Tanjong Bidara.

22 February 2014

KURSUS PENGGUNAAN CHROMEBOOK DAN PENGENALAN FROG VLE 1 BESTARINET

Kursus penggunaan chromebook telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Februari 2014. Terima kasih diucapkan kepada penceramah; Puan Zati Iwani binti Abd Razak dari SMK Sultan Mansor Shah kerana telah mencurahkan ilmunya kepada warga SK Tanjong Bidara. 

24 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 24 Januari 2014. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan kepada semua warga SK Tanjong Bidara, Melaka kerana telah menjayakan sambutan ini. Syabas!


18 January 2014

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH

Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SK Tanjong Bidara, Melaka. Matlamat utama program ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri murid-murid serta melahirkan murid-murid bertanggungjawab, dedikasi dan dapat menjadi pemimpin yang berkebolehan dalam memimpin sesebuah organisasi yang kecil mahupun besar. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan iaitu Encik Abdul Malek bin Taha, Jemaah Nazir Sekolah Negeri Melaka. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini. 








11 January 2014

PROGRAM JALINAN KECEMERLANGAN UPSR 2014

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 yang telah mengharumkan dan meningkatkan prestasi sekolah. Syabas!Teruskan kecemerlangan.

01 January 2014

SELAMAT DATANG 2014

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua warga SK Tanjong Bidara, Melaka.