18 January 2014

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH

Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SK Tanjong Bidara, Melaka. Matlamat utama program ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri murid-murid serta melahirkan murid-murid bertanggungjawab, dedikasi dan dapat menjadi pemimpin yang berkebolehan dalam memimpin sesebuah organisasi yang kecil mahupun besar. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan iaitu Encik Abdul Malek bin Taha, Jemaah Nazir Sekolah Negeri Melaka. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini. 








No comments:

Post a Comment