02 February 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Tanjong Bidara. Ianya kemudian ditukar nama kepada Sekolah Umum Tanjong Bidara yang telah didirikan pada tahun 1907.
Ketika itu sekolah mempunyai seramai 2 orang guru dan 30 orang murid sahaja. Pada tahun 1922 sebuah bangunan kayu satu tingkat telah didirikan untuk menampung pertambahan murid dan menggantikan bangunan yang asal(bangunan kayu hutan dan beratap nipah). Bangunan tersebut telah didirikan di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ludin bin Mani.
Pada tahun 1963, satu bangunan tambahan separa kayu telah didirikan yang mempunyai 5 buah bilik darjah.Pada masa itu bilangan murid hanya seramai 470 orang sahaja.
Pada tahun 1973, satu bangunan tambahan 2 tingkat dan sebuah kantin telah didirikan. Kawasan sekolah telah dipagari untuk menjamin keselamatan sekolah.
Pada tahun1980 , sebuah bangunan 2 tingkat yang mempunyai 10 bilik darjah dan sebuah bilik perpustakaan telah didirikan.
Pada tahun 1994, dua buah bilik darjah dibina unjuran dari bangunan kantin melalui projek gotong royong. Setahun kemudian, sebuah bangunan tambahan satu tingkat mengandungi 2 bilik darjah dan sebuah setor untuk menyimpan kelengkapan peralatan perahu layar telah dibina.
Sejak sekolah di buka dari tahun 1907 hinggalah ke usia hampir 92 tahun, sekolah ini telah diterajui oleh 25 orang Guru Besar.

OBJEKTIF SEKOLAH

  • MEMASTIKAN MURID MENGUASAI 3M DI AKHIR TAHAP SATU
  • MENINGKATKAN KECEMERLANGAN UPSR SEBANYAK 5% SETIAP TAHUN
  • MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM
  • MEMBENTUK MURID YANG MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
  • MENANAM SEMANGAT KEKITAAN DAN MEWUJUDKAN SUASANA "SEKOLAHKU SYURGAKU"

VISI SEKOLAH

MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA DI ANTARA SEKOLAH TERBAIK DI KAWASAN MASJID TANAH PADA TAHUN 2010


MISI SEKOLAH

MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA MURID MELALUI BUDAYA KERJA BERPASUKAN YANG CEMERLANG UNTUK MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA KEHENDAK INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA