18 September 2015

LAWATAN SELEPAS UPSR KE LEGOLAND

Lawatan ke Legoland merupakan lawatan yang dirancang oleh Unit Lawatan sekolah bersama Unit Bimbingan kaunseling khas untuk murid-murid Tahun 6 selepas menduduki peperiksaan UPSR. Lawatan ini melibatkan seramai 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring yang telah diadakan pada 17 September 2015 ( Khamis). Taman tema Legoland ini merupakan taman lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia. Lokasi taman tema ini terletak di kawasan Nusajaya, Iskandar Malaysia di Johor. Banyak bangunan yang menarik yang dibuat menggunakan permainan lego dapat dilihat di taman tema ini seperti KLCC, Bandar Johor Bharu dan pelbagai lagi bangunan-bangunan yang cantik di negara lain juga dihasilkan menggunakan permainan lego ini. Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat dan pengalaman baharu buat murid-murid Tahun 6 SK Tanjong Bidara.

      

08 September 2015

LAWATAN TAMING SARI

Sepanjang minggu peperiksaan UPSR, satu lawatan yang dianjurkan oleh Unit Lawatan SK Tanjong Bidara telah diadakan. Lawatan  ke Taming Sari diadakan bermula pada 8 hingga 10 September 2015. Seramai 179 orang murid dan 17 orang guru yang telah terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Murid-murid yang terlibat berpeluang menyaksikan keindahan bumi Melaka dari ketinggian 80 meter. Selain itu juga, murid-murid turut merasai pengalaman menaiki pengangkutan Bas panorama yang digunakan oleh orang awam. Terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan kepada yang telah terlibat dalam menjayakan lawatan ini.

    

03 September 2015

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UPSR

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR diadakan khusus untuk murid-murid tahun 6 SKTB yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa Guru dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling dan guru-guru SKTB. Majlis ini telah dilaksanakan di Masjid Pasir Gembur Tanjong Bidara melibatkan semua guru SKTB, murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa masing-masing dan qariah masjid atau penduduk kampung. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mendoakan kejayaan murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR agar dapat menghadapi peperiksaaan dengan lancar dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk kampung, ibu bapa, murid-murid tahun 6 dan guru-guru SKTB yang hadir dalam menjayakan majlis yang diadakan. Terima kasih semua. Tahniah .





25 August 2015

LARIAN MERDEKA

Larian Merdeka diadakan sempena menyambut Hari kemerdekaan yang ke 58. Larian ini diadakan pada 25 Ogos 2015 bermula jam 3.30 petang semasa aktiviti kokurikulum. Peserta larian telah dilepaskan oleh Guru Besar SK Tanjong Bidara, Encik Ibrahim bin Hj Othman. Kesemua peserta larian ini, membawa Jalur Gemilang semasa berlari untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan. Terima kasih diucapkan kepada pihak polis kerana telah membantu mengawal lalu lintas agar keselamatan peserta larian terkawal. Selepas acara larian merdeka ini tamat, aktiviti permainan rakyat dimulakan. Antaranya ialah permainan congkak, capteh, sepak raga, batu seremban dan keting ting. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Syabas!   

19 August 2015

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 19 Ogos 2015. Tema kemerdekaan pada tahun ini adalah "Sehati Sejiwa". Nyanyian lagu-lagu patriotik telah memeriahkan majlis pelancaran ini. Tahniah diucapkan kepada Panitia Sains Sosial kerana telah berjaya menganjurkan majlis pelancaran ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini dengan gilang-gemilang. Syabas! 

30 July 2015

BENGKEL i-THINK DALAM PdP BAHASA MALAYSIA

Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. i-THINK membawa maksud innovative THINKing ( Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir. Lantaran itu,, Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan satu bengkel untuk guru Bahasa Melayu agar dapat mengaplikasikan i-THINK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih diucapkan kepada Puan Moinah binti Pakusiam, Pegawai SIC+ Bahasa Melayu dari Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah di atas kesudian beliau untuk berkongsi maklumat tentang i-THINK bersama guru-guru Bahasa Melayu SK Tanjong Bidara. Semoga perkongsian beliau dapat dimanfaatkan dan inovasi dalam PdP dapat dilaksanakan dengan baik.

25 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada 25 Julai 2015 ( Sabtu)di Dataran Sri Bidara, SK Tg Bidara bermula jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi. Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Latipah Omar YDP PIBG yang telah sudi hadir memeriahkan majlis sambutan ini. Beberapa pertandingan diadakan sepanjang majlis sambutan ini. Antaranya ialah pertandingan menganyam ketupat dan karaoke lagu-lagu raya. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah terlibat dalam menjayakan majlis sambutan ini. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur majlis ini iaitu Kelab Guru dan Staf SK Tanjong Bidara. Syabas! 


13 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN

Majlis yang diadakan pada 13 Julai 2015 ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin sempena bulan Ramadhan. Selain itu, majlis ini juga adalah untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan aktiviti tadarus Al-Quran bersama murid-murid. Majlis ini juga diharapkan agar dapat membantu meringankan beban ibu bapa bagi murid-murid miskin serta anak yatim. Terima kasih dan tahniah kepada yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini. Syabas!


    

10 July 2015

MAJLIS IFTAR JAMAIE MURID-MURID TAHUN 6

Majlis Iftar Jamaie ini diadakan pada 10 Julai 2015. Majlis ini melibatkan semua murid Tahun 6 bersama ibu bapa mereka. Matlamat program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan membentuk kerjasama yang erat antara guru, ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 dalam usaha memohon keberkatan dan kejayaan murid-murid Tahun 6 dalam UPSR daripada Allah SWT serta sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Selain itu juga, majlis ini juga adalah untuk meraikan bulan Ramadhan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling dan Guru-guru Tahun 6 SK Tanjong Bidara. Tahniah dan syabas!


07 July 2015

PROGRAM PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE

Program ini dijalankan pada 22 Jun 2015 hingga 10 Julai 2015 bermula pada hari Isnin hingga Khamis jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini melibatkan semua guru untuk membina sekurang-kurangnya satu laman pembelajaran yang boleh digunakan dalam proses PdP. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang membantu melancarkan program ini dan guru-guru yang menyertai program ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru yang berjaya membina laman pembelajaran mereka sendiri.



01 July 2015

MAJLIS TANDA KASIH

Majlis perjumpaan bersama ibu bapa dan guru diadakan pada 1 Julai 2015 ( Rabu). Perjumpaan bersama ini adalah untuk membincangkan perkembangan prestasi murid. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa / penjaga yang hadir untuk menandatangani rekod.  


19 June 2015

PELANCARAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Panitia Pendidikan Islam SK Tanjong Bidara telah melancarkan bulan panitia pada 15 Jun 2015 dengan tema Cemerlang Dunia, Gemilang Akhirat. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Tanjong Bidara. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun dan dirancang dengan baik oleh Panitia Pendidikan Islam. Antara aktiviti tersebut adalah aktiviti tadarrus al-Quran, bacaan Yassin dan tahlil, dan ceramah Ramadhan. Moga dengan aktiviti yang menyemarakkan sinar ramadhan pada kali ini, semua anak didik SK Tanjong Bidara dapat menjadi modal insan yang cemerlang akademik dan ibadahnya. Kemuncak bulan panitia Pendidikan Islam adalah Majlis Khatam Quran yang akan diadakan sebelum cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri.



15 June 2015

LAWATAN KE SM SAINS REMBAU

Lawatan ini melibatkan semua murid Tahun 6 untuk memberi motivasi kepada murid Tahun 6 agar menanam hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah berasrama penuh. Lawatan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SK Tanjong Bidara dengan kerjasama Unit Lawatan ini telah diadakan pada 15 Jun 2015 ( Isnin). Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang berada di Sekolah Menengah Sains Rembau. Moga dengan lawatan ini, murid-murid Tahun 6 akan melipat gandakan usaha mereka meningkatkan prestasi dan kecemerlangan bagi menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh yang menjadi impian setiap murid. Teruskan usaha!  



10 June 2015

MANUAL UNTUK MENDAPATKAN YES ID DAN PASSWORD 1BESTARINET FROG VLE

Assalamualaikum. Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga SK Tanjong Bidara, pihak sekolah sedang memperkenalkan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1Bestarinet FROG VLE. 1Bestarinet adalah inisiatif unggul Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment) yang membolehkan pelajar, guru dan ibu bapa mengakses platform pembelajaran ini.

Dalam pelaksanaan program ini, setiap pelajar dan ibu bapa/ penjaga akan diberikan satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai guna. Sebagai ibu bapa, tuan/puan akan dapat mengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai maklumat khas yang akan dipaparkan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa/ Penjaga boleh mendapatkan Yes ID dan Password untuk mengakses platform FROG VLE dengan mengikuti langkat-langkah di bawah:

















2. Klik Retrieve my ID pada pautan di sebelah kanan laman web.












3. Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan dan klik pada pautan carian (search).













4. Yes ID akan dipaparkan. Klik pada Continue.












5. Pada halaman Password Retrieval, masukkan nombor telefon dan alamat email. Seterusnya klik pautan Send Password. Kata laluan akan dihantar melalui sms dan emel pengguna.












6. Klik https://mba0002.1bestarinet.net untuk akses kepada paltform FROG VLE SK Tanjong Bidara. Sila gunakan pelayar web Google Chrome.
7. Masukkan Yes ID dan Password dan klik Login.
8.**Sebarang pertanyaan atau kegagalan untuk mendapatkan YES ID boleh terus emelkan kepada vleadmin.MBA0002@yes.my

Video Cara-cara mendapatkan Yes ID dan Password 1Bestarinet FROG VLE

04 June 2015

PROGRAM FROG VLE CUTI SEKOLAH

Program Frog Vle semasa cuti sekolah bermula Isnin hingga Rabu( 1- 3 Jun) dari jam 9.00 hingga 11.30 pagi terbuka kepada murid-murid Tahap 2. Jutaan terima kasih kepada yang hadir untuk perkongsian ilmu ini dan yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program ini.


 

29 May 2015

PROGRAM MOTIVASI KEMBARA MALAM (QIAMULLAIL & SOLAT HAJAT):MEMBENTUK ROHANI & SAHSIAH CEMERLANG

Program ini diadakan untuk semua murid Tahun 6 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru Tahun 6 SK Tanjong Bidara. Program ini diadakan pada 29 Mei hingga 30 Mei 2015 bertempat di Dewan SK Tanjong Bidara. Pengisian program ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah yang sangat dituntut oleh agama. Qiamullail adalah sumber kekuatan rohani bagi orang mukmin. Diharapkan dengan program sebegini murid-murid SK Tanjong Bidara bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh. Terima kasih kepada semua guru yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Moga program qiammullail menjadi amalan harian kita. Inshaa Allah.





24 May 2015

HARI KELUARGA SKTB

Hari keluarga SKTB telah diadakan pada 23 & 24 Mei 2015 bertempat di PD Sanctuary Apartment. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang hari keluarga ini berlangsung. Terima kasih kepada yang telah memberi kerjasama erat bagi menjayakan aktiviti yang pertama kali dianjurkan untuk warga SK Tanjong Bidara. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu Kelab Guru dan Staf SK Tanjong Bidara yang berjaya merealisasikan perancangan kelab. Syabas!



18 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

Majlis Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 18 Mei 2015. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Acara sukaneka dan persembahan guru diadakan dengan jayanya. Tahniah kepada Kelab Guru dan Staf SK Tanjong Bidara. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis sambutan ini. Syabas!


04 May 2015

BULAN SAINS SK TANJONG BIDARA

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan Mei 2015 yang merupakan bulan Sains. Antara aktiviti menarik adalah Giant Bubbles, Volcano, White Snake dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat menanam minat murid dalam Sains. Tahniah kepada Panitia Sains yang telah menganjurkan dan menjayakan bulan Sains ini. Terima kasih kepada semua guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung. Syabas!

 

23 April 2015

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-19

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke -19 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 April 2015. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada perasmi kejohanan sukan tahunan pada kali ini iaitu YB Datuk Latipah binti Hj Omar; YDP PIBG SK Tanjong Bidara. Terima kasih juga kepada seluruh warga SK Tanjong Bidara yang telah bertungkus-lumus menjayakan sukan tahunan dengan jayanya. Syabas dan tahniah!





03 April 2015

KARNIVAL PENDIDIKAN MITC 2015

Galeri foto sepanjang lawatan ke Karnival Pendidikan MITC. Semua murid Tahun 5 telah terlibat dan dibawa ke Karnival Pendidikan pada tahun ini. Terima kasih kepada semua guru pengiring dan guru-guru yang terlibat secara langsung. Kerjasama anda amatlah dihargai.





01 April 2015

LATIHAN KEBAKARAN 2015

Galeri foto sepanjang aktiviti latihan kebakaran. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat.





31 March 2015

MESYUARAT PIBG 2015

Galeri foto sepanjang Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39, 2015 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2014. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat.



27 March 2015

KEM BESTARI SOLAT 2015

Kem Bestari Solat ini diadakan khusus untuk semua murid Tahap 1. Moga dengan pelaksanaan aktiviti ini, murid-murid dapat melakukan solat dengan lebih baik dan sempurna. Tahniah dan syabas kepada Panitia Pendidikan Islam! 

26 March 2015

LAWATAN PRASEKOLAH KE ZOO MELAKA

Prasekolah telah mengadakan lawatan ke Zoo Melaka pada 26 Mac 2015. Harapan kami agar pembelajaran di luar bilik darjah ini dapat membantu perkembangan pemikiran yang baik untuk murid-murid prasekolah ini. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan aktiviti lawatan ini. 


25 March 2015

PEMANTAUAN NAZIR LINUS

Seramai tiga orang pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah melakukan pemantauan LINUS. Pegawai ini telah mencerap beberapa orang guru dan melihat perkembangan LINUS di sekolah ini. Terima kasih dengan kunjungan dari pihak jemaah nazir kerana dapat berkongsi informasi yang terkini.  


 

23 March 2015

PERMATA BERSINAR SKTB

Majlis penyampaian hadiah kepada permata yang kian bersinar di SK Tanjong Bidara iaitu adik Intan Nurtashah binti Sharvikhan, Johan lompat tinggi MSS Kawasan Masjid Tanah dan adik Nur Alia Najwa binti Yehya, Naib Johan Pertandingan Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris. Syabas dan kekalkan kecemerlangan anda!


Adik Intan Nurtashah binti Sharvikhan

Adik Nur Alia Najwa binti Yehya

10 March 2015

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI

Pada tahun ini, SK Tanjong Bidara telah dipilih menjadi tuan rumah untuk Sayembara Deklamasi Puisi. Seramai 20 orang peserta dari 20 buah sekolah di kawasan Masjid Tanah telah menghantar wakil untuk bertanding. Acara bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sayembara deklamasi puisi pada kali ini.





PERTANDINGAN BERCERITA SAINS DALAM BAHASA INGGERIS

Pertandingan Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris telah berlangsung pada 10 Mac 2015. Pengelola pertandingan pada tahun ini adalah SRA JAIM Al Falah. Adik Nur Alia Najwa binti Yehya dari kelas 3 Arif telah mewakili sekolah dan berjaya meraih kedudukan naib johan dalam pertandingan ini sekaligus akan mewakili daerah Alor Gajah di peringkat negeri. Tahniah diucapkan kepada adik Nur Alia Najwa binti Yehya dan guru pembimbing; Puan Norralisa binti Minhad. Syabas!





09 March 2015

PELANCARAN "ENGLISH MONTH"

Pelancaran English Month telah diadakan pada 9 Mac 2015. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Inggeris SK Tanjong Bidara.




05 March 2015

DIALOG PRESTASI KALI KE-2

Galeri foto Dialog Prestasi kali ke-2 yang telah diadakan pada 5 Mac 2015. Tahniah di atas kerjasama semua guru.

 

02 March 2015

MAJLIS PELANCARAN NILAM

Majlis ini diadakan pada 2 Mac 2015. Beberapa gimik pelancaran dibuat sempena pelancaran Program Nilam ini. Diharapkan agar semua murid dapat menanam minat membaca kerana membaca merupakan nadi ilmu dan amalan yang mulia.





MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA MALAYSIA

Majlis penutupan Bulan Bahasa Malaysia pada 2 Mac 2015. Tahniah kepada para pemenang.





PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Galeri foto Pelancaran Program Guru Penyayang pada 2 Mac 2015. Terima kasih di atas kerjasama Warga SK Tanjong Bidara. Syabas!

28 February 2015

KURSUS KEPIMPINAN MUDA

Kursus ini telah dilaksanakan pada 28 Februari 2015 ( Sabtu). Tahniah kepada pemimpin muda sekolah yang telah dilantik dan yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada guru yang telah terlibat dan memberi kerjasama. Tahniah! 






14 February 2015

LDAP 2 & DIALOG PRESTASI

LDAP 2; FROG VLE telah diadakan pada 14 Februari 2015. Terima kasih dengan kehadiran semua guru. Semoga warga SK Tanjong Bidara dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan menggunakannya semasa PdP. Selepas aktiviti LDAP kedua ini, turut diadakan Dialog Prestasi.Tahniah dan syabas kepada yang telah terlibat.  





12 February 2015

MAJLIS PERPISAHAN PUAN MAIMUNAH ABDUL HAMID

Majlis Perpisahan Mantan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Maimunah Abdul Hamid telah dibuat pada 12 Februari 2015 bertempat di Restoran Nelayan Kuala Sg Baru. Puan Maimunah telah berpindah dan dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SK Pengkalan Balak. Tahniah kepada pihak penganjur majlis; Kelab Guru dan Staf SK Tanjong Bidara dan jutaan tahniah kepada Puan Maimunah. Moga terus mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan di tempat baharu.  


PENYERAHAN KWAMP

Majlis penyerahan wang KWAMP telah diserahkan kepada waris murid-murid yang layak pada 12 Februari 2015.  




11 February 2015

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BERSAMA PELAJAR UiTM

Pada 11 dan 12 Februari 2015, seramai 4 orang pelajar UiTM Shah Alam telah mengadakan Program Khidmat Komuniti bersama UiTM "Seni Siswa Seni Halus". Beberapa aktiviti telah dijalankan. Terima kasih diucapkan dengan khidmat yang telah diberikan. 




10 February 2015

MERENTAS DESA 2015

Aktiviti merentas desa telah diadakan pada 10 Februari 2015. Pada kali ini, aktiviti ini hanya disertai oleh murid Tahap 2. Syabas diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.





02 February 2015

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada pemimpin muda sekolah pada 2 Februari 2015. Tahniah kepada pemimpin muda yang telah dilantik dan diharapkan dapat menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan amanah.








30 January 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 30 Januari 2015, Sambutam Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan. Tahniah kepada penganjur; Panitia Pendidikan Islam SK Tanjong Bidara.








24 January 2015

MAJLIS JALINAN KECEMERLANGAN BERSAMA IBU BAPA

Majlis Jalinan Kecemerlangan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6 telah diadakan pada 24 Januari 2015. Tahniah kepada ibu bapa dan murid yang telah hadir. Moga kecemerlangan menjadi milik kita bersama. 
  




14 January 2015

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100

Majlis penyerahan telah diadakan pada 14 Januari 2015. Terima kasih diucapkan kepada YB Tn Hj Md Rawi bin Mahmud, ADUN Tg Bidara yang telah menyempurnakan majlis penyerahan ini.





12 January 2015

ORIENTASI TAHUN 1 2015

Minggu Orientasi Tahun 1 pada 31 Disember 2014. Diharapkan kecemerlangan menjadi milik anak didik SK Tanjong Bidara.




Galeri Sepanjang Minggu Penutupan Orientasi Tahun 1 2015