19 June 2015

PELANCARAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Panitia Pendidikan Islam SK Tanjong Bidara telah melancarkan bulan panitia pada 15 Jun 2015 dengan tema Cemerlang Dunia, Gemilang Akhirat. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Tanjong Bidara. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun dan dirancang dengan baik oleh Panitia Pendidikan Islam. Antara aktiviti tersebut adalah aktiviti tadarrus al-Quran, bacaan Yassin dan tahlil, dan ceramah Ramadhan. Moga dengan aktiviti yang menyemarakkan sinar ramadhan pada kali ini, semua anak didik SK Tanjong Bidara dapat menjadi modal insan yang cemerlang akademik dan ibadahnya. Kemuncak bulan panitia Pendidikan Islam adalah Majlis Khatam Quran yang akan diadakan sebelum cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri.



15 June 2015

LAWATAN KE SM SAINS REMBAU

Lawatan ini melibatkan semua murid Tahun 6 untuk memberi motivasi kepada murid Tahun 6 agar menanam hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah berasrama penuh. Lawatan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SK Tanjong Bidara dengan kerjasama Unit Lawatan ini telah diadakan pada 15 Jun 2015 ( Isnin). Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang berada di Sekolah Menengah Sains Rembau. Moga dengan lawatan ini, murid-murid Tahun 6 akan melipat gandakan usaha mereka meningkatkan prestasi dan kecemerlangan bagi menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh yang menjadi impian setiap murid. Teruskan usaha!  



10 June 2015

MANUAL UNTUK MENDAPATKAN YES ID DAN PASSWORD 1BESTARINET FROG VLE

Assalamualaikum. Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga SK Tanjong Bidara, pihak sekolah sedang memperkenalkan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1Bestarinet FROG VLE. 1Bestarinet adalah inisiatif unggul Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment) yang membolehkan pelajar, guru dan ibu bapa mengakses platform pembelajaran ini.

Dalam pelaksanaan program ini, setiap pelajar dan ibu bapa/ penjaga akan diberikan satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai guna. Sebagai ibu bapa, tuan/puan akan dapat mengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai maklumat khas yang akan dipaparkan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa/ Penjaga boleh mendapatkan Yes ID dan Password untuk mengakses platform FROG VLE dengan mengikuti langkat-langkah di bawah:

















2. Klik Retrieve my ID pada pautan di sebelah kanan laman web.












3. Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan dan klik pada pautan carian (search).













4. Yes ID akan dipaparkan. Klik pada Continue.












5. Pada halaman Password Retrieval, masukkan nombor telefon dan alamat email. Seterusnya klik pautan Send Password. Kata laluan akan dihantar melalui sms dan emel pengguna.












6. Klik https://mba0002.1bestarinet.net untuk akses kepada paltform FROG VLE SK Tanjong Bidara. Sila gunakan pelayar web Google Chrome.
7. Masukkan Yes ID dan Password dan klik Login.
8.**Sebarang pertanyaan atau kegagalan untuk mendapatkan YES ID boleh terus emelkan kepada vleadmin.MBA0002@yes.my

Video Cara-cara mendapatkan Yes ID dan Password 1Bestarinet FROG VLE

04 June 2015

PROGRAM FROG VLE CUTI SEKOLAH

Program Frog Vle semasa cuti sekolah bermula Isnin hingga Rabu( 1- 3 Jun) dari jam 9.00 hingga 11.30 pagi terbuka kepada murid-murid Tahap 2. Jutaan terima kasih kepada yang hadir untuk perkongsian ilmu ini dan yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program ini.