27 February 2013

Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis watikah pelantikan pemimpin muda 2013. Majlis ini telah disempurnakan pada 25 Februari bersamaan hari Isnin. Antara pemimpin muda yang menerima watikah pelantikan adalah pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas BOSS, Pembimbing Rakan Sebaya, ketua dan penolong ketua kelas. Tahniah diucapkan. Semoga dengan watikah yang telah disampaikan serta ikrar yang dilafazkan dapat memantapkan lagi kepimpinan pemimpin cilik ini. Syabas!

25 February 2013

Motivasi Tahun 6 bersama Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 23 Februari ( Sabtu), sebuah program motivasi Tahun 6 bersama ibu bapa telah diadakan. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Khairuddin telah menyampaikan motivasi pada kali ini. Program ini telah berjalan dengan lancar dan tahniah diucapkan kepada murid, ibu bapa dan guru yang telah menjayakan program motivasi ini. Syabas dan tahniah!

17 February 2013

Sepetang bersama Pengarah Pelajaran Melaka

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pengarah Pelajaran Melaka iaitu Tn Hj Kasim bin Mohamad telah mengadakan lawatan ke sekolah ini pada 14 Februari ( Khamis) pada pukul 2 petang. Perjumpaan ilmiah ini adalah antara pentadbir dan semua guru SK Tanjong Bidara. Terima kasih dengan kesudian beliau ke sekolah ini dan syabas kepada semua guru yang telah hadir.

13 February 2013

1BestariNet

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Tahniah diucapkan kerana sekolah ini telah mendapat kemudahan baru yang akan dinikmati oleh semua warga SK Tanjong Bidara. Apa itu 1BestariNet? Ianya merupakan satu evolusi daripada rangkaian Schoolnet yang tamat pada 2010. Sistem ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2013 melibatkan 10 000 buah sekolah terpilih di seluruh negara. Rangkaian akan dipasang secara End to End (E2E) dengan liputan yang lebih luas. Ianya adalah merupakan satu prasarana internet berkelajuan tinggi 4G sehingga 10Mb/s menggunakan fiber optic yang meliputi capaian tanpa wayar dengan liputan seluas 1km radius. Projek ini akan mengintergasikan semua yang berada dalam sistem pendidikan termasuk ibu bapa serta komuniti. Sistem rangkaian ini akan menyediakan prasarana terbaik untuk mempromosikan pembelajaran secara maya kepada pelajar ( Virtual Learning Environment). Diharapkan dengan kemudahan yang disediakan ini, warga pendidik dapat menggunakan semaksimumnya untuk menyediakan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

  


08 February 2013

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 6 Februari ( Rabu), sekolah kami telah mengadakan sebuah program perkongsian pintar antara Sekolah Sultan Alam Shah. Program ini turut disertai oleh Sekolah Sains Seri Puteri dan Sek Men Putrajaya Presint 9(1). Di samping itu juga, delegasi dari luar negara turut serta adalah dari St Michael Senior High School Kobe, Kokusai Gakuin High School Tokyo, Hwa Choong Institute Singapore, Junior Language Skola Czech Republic, Sekolah Islam Al-Fikri Depok Indonesia dan sekolah dari Filipina. Program yang julung kalinya dianjurkan turut dimeriahkan dengan kehadiran YDP PIBG sekolah iaitu YB Datuk Latipah bt Hj Omar, dan wakil-wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah. Program ini dimulakan dengan sesi motivasi untuk murid Tahun 5dan 6 oleh pelajar-pelajar SBP yang hadir pada hari itu. Seterusnya beberapa persembahan dari murid-murid SK Tanjong Bidara dipersembahkan. Setelah itu, permainan tradisional iaitu gasing dan congkak dipersembahkan dan ini telah menarik minat delegasi dari luar negara. Kerjasama daripada semua pihak telah menjayakan program perkongsian pintar ini. Tahniah dan syabas!