Salam 1 Malaysia. Hari ini sekolah kami mengadakan pertandingan azan untuk Tahap 1 dan 2 sempena Sambutan Maulidur Rasul. Pertandingan ini mendapat sambutan ramai daripada murid-murid. Murid-murid yang menyertai pertandingan ini mengalunkan azan dengan penuh perasaan. Semoga pertandingan sebegini dapat mengilap bakat terpendam murid agar dapat menjadi pelapis untuk agama, masyarakat dan negara.
Peserta pertandingan menunggu giliran sebelum mengalunkan azan.
Semua murid mendengar alunan azan daripada peserta pertandingan dengan khusyuk.
Antara peserta pertandingan yang mempunyai alunan suara yang mendayu-dayu dan menusuk kalbu. Bakat terpendam yang perlu digilap agar terus bersinar.
No comments:
Post a Comment