21 November 2014
MAJLIS MAKAN MALAM SIMFONI KASIH
Sekitar majlis makan malam Simfoni Kasih yang telah diadakan di Tanjong Bidara Beach Resort bertemakan Arabian Night. Terima kasih di atas kerjasama warga SKTB.
MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH
Sekitar Majlis Persaraan Pn Hjh Khadijah Hj Arshad pada 21 November 2014. Terima kasih diucapkan kepada beliau sepanjang bertugas di sekolah ini. Jasa beliau akan dikenang selamanya. Turut diraikan buat Pn Sharida Ishak yang akan bertukar ke SK Paya Rumput bermula 2015. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada warga SK Tanjong Bidara yang telah menjayakan majlis ini.
08 August 2014
17 July 2014
SOLAT HAJAT UPSR 2014
Majlis solat hajat untuk UPSR telah diadakan pada 17 Julai 2014. Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa yang telah hadir dan anak-anak murid Tahun 6 yang telah menjayakan majlis solat hajat ini. Semoga semua yang dihajati diperkenankan olehNYA. Aamiin Yarrabb..
16 May 2014
SAMBUTAN HARI GURU 2014
Sambutan Hari Guru diperingkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2014. Acara sukaneka antara guru telah diadakan dengan meriahnya. Pada sebelah petang pula diadakan majlis hi tea di Hotel Pantai Puteri, Melaka. Terima kasih diucapkan dengan kerjasama yang telah diberikan oleh warga SK Tanjong Bidara. Syabas dan tahniah.
07 May 2014
10 April 2014
TERIMA KASIH, BUDIMU KU KENANG
Majlis Persaraan Guru Besar SK Tanjong Bidara, Tuan Haji Abd Mutallif bin Che' Mat pada 10 April 2014. Terima kasih cikgu!
Subscribe to:
Posts (Atom)
