Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Hari Kualiti telah diadakan pada 7 November 2012. Pegawai PPD Alor Gajah iaitu Encik Jasman, dari Unit LINUS telah memeriahkan lagi penyampaian hadiah kerana pelajar-pelajar yang cemerlang. Kerjasama erat dari semua pihak telah melancarkan perjalanan majlis ini dengan gilang-gemilangnya. Tahniah kepada penerima anugerah. Semoga kecemerlangan mereka dapat berterusan dan menjadi insan berguna pada masa akan datang.
20 December 2012
06 November 2012
LAWATAN TAHUN 6 KE WONDERLAND
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Lawatan Tahun 6 ini telah diadakan pada 31 Oktober 2012. Seramai 54 orang murid tahun 6 bersama 6 orang guru pengiring telah menjayakan lawatan ini. Tahniah dan syabas kepada penganjur lawatan ini dan diharapkan pada tahun akan datang pelbagai tempat yang lebih menarik dapat dilawati bagi memberi pendedahan langsung kepada semua murid di sekolah ini. Syabas!
LAWATAN MESRA MRSM ALOR GAJAH
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Sekolah kami telah dilawati oleh pelajar-pelajar dari MRSM Alor Gajah, Melaka pada 23 Oktober 2012. Lawatan mesra ini adalah khusus kepada murid-murid Tahun 5 agar mendapat pendedahan awal tentang MRSM. Sepanjang lawatan mesra ini, murid-murid diberi penerangan tentang MRSM dan beberapa aktiviti dalam kumpulan dilakukan bersama pelajar dari MRSM ini. Semoga dengan penerangan ini, murid-murid sekolah ini menjadikan destinasi MRSM sebagai fokus mereka dalam mencapai kejayaan. Tahniah diucapkan.
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH UNTUK TAHUN 6
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Program pengurusan jenazah telah dilaksanakan pada 22 Oktober 2012 bertempat di Dewan Sekolah SK Tanjong Bidara dan disertai oleh semua murid Tahun 6. Program ini telah dijayakan oleh Panitia Pendidikan Islam bersama Unit Bimbingan & Kaunseling. Penceramah jemputan adalah dari Angkatan Tentera Malaysia; Kem Terendak, Melaka Ustaz Rosli. Tahniah kerana telah menjayakan program ini. Semoga program ini memberi manfaat kepada kita semua.
05 November 2012
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK & HARI RAYA QURBAN
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Majlis sambutan ini telah diadakan pada 29 Oktober 2012. Majlis dimulakan dengan ceramah yang telah diberikan oleh Ustaz Jupri tentang ibadah qurban diikuti dengan beberapa persembahan daripada murid-murid. Murid-murid kemudiannya menikmati makanan yang telah disediakan oleh guru-guru yang telah bekerjasama memasak juadah makanan itu. Kerjasama erat daripada guru-guru telah menjayakan majlis sambutan ini. Tahniah diucapkan.
18 October 2012
Temasya Sukan SKTB 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aktiviti sukan telah bermula dari 16 & 17 Oktober 2012 dengan acara seperti lompat jauh, lempar cakera, lompat tinggi dan olahraga. Acara sukaneka untuk Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 terpaksa ditunda pada 19 Oktober 2012 (Jumaat) berikutan cuaca yang tidak mengizinkan pada hari ini dengan hujan yang lebat. Walaubagaimanapun, penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara yang telah dibuat tetap dilakukan dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para tetamu jemputan khas iaitu YB KPT (B) Datuk Hj Ab Karim b. Sulaiman, Exco Jawatakuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam (ADUN Tanjong Bidara) dan YB Datuk Latipah bt Hj Omar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka (ADUN Taboh Naning) selaku YDP PIBG sekolah ini yang telah memeriahkan lagi temasya sukan sekolah ini. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua warga SK Tanjong Bidara yang telah memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan temasya sukan ini. Tahniah!
17 October 2012
Sayang Ku Sayang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, keprihatinan dan kerjasama yang telah diberikan daripada ramai pihak telah membawa sinar untuk Intan Syafiqah Salim murid 2 Afdal. Kes istimewa ini telah mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada YDP PIBG, YB Datuk Latipah bt Omar, Guru Besar; Tn Hj Abd Mutallif Che Mat, GPK HEM ; Pn Maimunah Abdul Hamid, Pegawai PPD Alor Gajah; Pn Rosnah dan En Jasman serta wakil dari JKKK Pasir Gembur. Kunjungan ke rumah Intan Syafiqah Salim selama beberapa jam itu telah berjaya membawa murid ini hadir ke sekolah semula pada 18 Oktober 2012. Terima kasih dan tahniah diucapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
