30 March 2010

Renungkanlah...................

             Peliharalah (perintah dan larangan) Allah, nescaya kamu akan selalu merasakan kehadiran-Nya. Kenalilah Allah waktu kamu senang, niscaya Allah akan mengenalimu waktu kamu dalam kesulitan. Ketahuilah, apa yang luput dari kamu adalah sesuatu yang pasti tidak mengenaimu dan apa yang akan mengenaimu pasti tidak akan meleset dari kamu. Kemenangan (keberhasilan) hanya dapat dicapai dengan kesabaran. Kelonggaran bersamaan dengan kesusahan dan datangnya kesulitan bersamaan dengan kemudahan. (HR. Tirmidzi)

Artikel pilihan cikgu eja kali ini:

                                                Hatiku Sebesar Cawan

            Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

        Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
       Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .
" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.
" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.
" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
      " Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
     " Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .
   Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.




29 March 2010

Sehari di Karnival Pendidikan MITC 2010


 
 
Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara telah menyertai pertandingan mewarna dan kompang reformasi di Karnival Pendidikan di MITC. Pasukan kompang telah mendapat tempat ke 4. Diharapkan penyertaan di tahun hadapan akan membawa kejayaan yang lebih membanggakan lagi.

Warna-warni sepanjang Sukan SKTB 2010

01 March 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul kepada Warga SKTB, semoga dapat kita sama-sama memantapkan ukhuwah, memperkasa Ummah

SUKAN SKTB 2010

Pada 24 Februari 2010, jam 2.30 petang bermulalah sukan sekolah SK Tanjong Bidara. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Latipah ADUN Taboh Naning. Sambutan meriah dan kerjasama erat ibu bapa dan guru amat membanggakan.

Cikgu Sazila dengan ahli Rumah Hijau
Rumah Hijau

Kuning Diraja
Rumah Biru yang simple
Merah menyala dengan tema floranya.
Kerjasama dengan Brass Band Pulpak dari Kem Terendak
Meriahnya persembahan Brass Band ini.

02 February 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Tanjong Bidara. Ianya kemudian ditukar nama kepada Sekolah Umum Tanjong Bidara yang telah didirikan pada tahun 1907.
Ketika itu sekolah mempunyai seramai 2 orang guru dan 30 orang murid sahaja. Pada tahun 1922 sebuah bangunan kayu satu tingkat telah didirikan untuk menampung pertambahan murid dan menggantikan bangunan yang asal(bangunan kayu hutan dan beratap nipah). Bangunan tersebut telah didirikan di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ludin bin Mani.
Pada tahun 1963, satu bangunan tambahan separa kayu telah didirikan yang mempunyai 5 buah bilik darjah.Pada masa itu bilangan murid hanya seramai 470 orang sahaja.
Pada tahun 1973, satu bangunan tambahan 2 tingkat dan sebuah kantin telah didirikan. Kawasan sekolah telah dipagari untuk menjamin keselamatan sekolah.
Pada tahun1980 , sebuah bangunan 2 tingkat yang mempunyai 10 bilik darjah dan sebuah bilik perpustakaan telah didirikan.
Pada tahun 1994, dua buah bilik darjah dibina unjuran dari bangunan kantin melalui projek gotong royong. Setahun kemudian, sebuah bangunan tambahan satu tingkat mengandungi 2 bilik darjah dan sebuah setor untuk menyimpan kelengkapan peralatan perahu layar telah dibina.
Sejak sekolah di buka dari tahun 1907 hinggalah ke usia hampir 92 tahun, sekolah ini telah diterajui oleh 25 orang Guru Besar.

OBJEKTIF SEKOLAH

  • MEMASTIKAN MURID MENGUASAI 3M DI AKHIR TAHAP SATU
  • MENINGKATKAN KECEMERLANGAN UPSR SEBANYAK 5% SETIAP TAHUN
  • MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM
  • MEMBENTUK MURID YANG MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
  • MENANAM SEMANGAT KEKITAAN DAN MEWUJUDKAN SUASANA "SEKOLAHKU SYURGAKU"

VISI SEKOLAH

MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA DI ANTARA SEKOLAH TERBAIK DI KAWASAN MASJID TANAH PADA TAHUN 2010


MISI SEKOLAH

MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA MURID MELALUI BUDAYA KERJA BERPASUKAN YANG CEMERLANG UNTUK MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA KEHENDAK INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA