01 January 2013

Selamat Datang & Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 27 Disember 2012, orientasi untuk pra sekolah dan murid-murid Tahun 1 telah diadakan. Majlis telah dimulakan seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Moga anak-anak didik ini menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti. Insyaa Allah.





Selamat Tahun Baru


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Warga SK Tanjong Bidara mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga 2013 membawa lebih banyak kejayaan yang bakal dicapai dan menjadi sebuah sekolah yang melahirkan ramai murid yang cemerlang. Insyaa Allah.

20 December 2012

HARI KUALITI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Hari Kualiti telah diadakan pada 7 November 2012. Pegawai PPD Alor Gajah iaitu Encik Jasman, dari Unit LINUS telah memeriahkan lagi penyampaian hadiah kerana pelajar-pelajar yang cemerlang. Kerjasama erat dari semua pihak telah melancarkan perjalanan majlis ini dengan gilang-gemilangnya. Tahniah kepada penerima anugerah. Semoga kecemerlangan mereka dapat berterusan dan menjadi insan berguna pada masa akan datang.

06 November 2012

LAWATAN TAHUN 6 KE WONDERLAND

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Lawatan Tahun 6 ini telah diadakan pada 31 Oktober 2012. Seramai 54 orang murid tahun 6 bersama 6 orang guru pengiring telah menjayakan lawatan ini. Tahniah dan syabas kepada penganjur lawatan ini dan diharapkan pada tahun akan datang pelbagai tempat yang lebih menarik dapat dilawati bagi memberi pendedahan langsung kepada semua murid di sekolah ini. Syabas!

LAWATAN MESRA MRSM ALOR GAJAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Sekolah kami telah dilawati oleh pelajar-pelajar dari MRSM Alor Gajah, Melaka pada 23 Oktober 2012. Lawatan mesra ini adalah khusus kepada murid-murid Tahun 5 agar mendapat pendedahan awal tentang MRSM. Sepanjang lawatan mesra ini, murid-murid diberi penerangan tentang MRSM dan beberapa aktiviti dalam kumpulan dilakukan bersama pelajar dari MRSM ini. Semoga dengan penerangan ini, murid-murid sekolah ini menjadikan destinasi MRSM sebagai fokus mereka dalam mencapai kejayaan. Tahniah diucapkan. 

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH UNTUK TAHUN 6

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Program pengurusan jenazah telah dilaksanakan pada 22 Oktober 2012 bertempat di Dewan Sekolah SK Tanjong Bidara dan disertai oleh semua murid Tahun 6. Program ini telah dijayakan oleh Panitia Pendidikan Islam  bersama Unit Bimbingan & Kaunseling. Penceramah jemputan adalah dari Angkatan Tentera Malaysia; Kem Terendak, Melaka Ustaz Rosli. Tahniah kerana telah menjayakan program ini. Semoga program ini memberi manfaat kepada kita semua.

05 November 2012

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK & HARI RAYA QURBAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Majlis sambutan ini telah diadakan pada 29 Oktober 2012. Majlis dimulakan dengan ceramah yang telah diberikan oleh Ustaz Jupri tentang ibadah qurban diikuti dengan beberapa persembahan daripada murid-murid. Murid-murid kemudiannya menikmati makanan yang telah disediakan oleh guru-guru yang telah bekerjasama memasak juadah makanan itu. Kerjasama erat daripada guru-guru telah menjayakan majlis sambutan ini. Tahniah diucapkan.