Salam 1 Malaysia. Setelah bercuti agak lama, baru ada kesempatan untuk meninjau ke laman blog sekolah kami. Agak terlewat untuk kami ucapkan Selamat Tahun Baru kepada warga SKTB. Semoga dengan kedatangan tahun ini, prestasi kerja dapat ditingkatkan dan kerjasama antara warga SKTB dapat diperkukuhkan lagi. Insya allah.
28 January 2011
05 October 2010
BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT TAHUN 6
SK Tanjong Bidara telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat pada 15 September 2010 bertempat di Dewan SK Tanjong Bidara. Majlis ini diadakan pada pukul 2.00 petang dengan dihadiri oleh murid-murid Tahun 6, ibu bapa dan warga pendidik SK Tanjong Bidara. Majlis bermula dengan bacaan doa yang dipimpin oloeh Al-Fadil Ustaz Jupri b Amsah. Seterusnya solat Zohor berjemaah dan bacaan yassin beramai-ramai dan solat hajat diadakan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penceramah jemputan iaitu, Ustaz Mustaff Baba dari SRA JAIM Tanjong Bidara. Banyak tips dan nasihat yang dicurahkan oleh beliau untuk bakal calon UPSR sebelum menghadapi UPSR. Selepas itu, solat asar berjemaah diadakan. Majlis ini diakhiri dengan jamuan ringan. Moga doa dan tawakal yang dipanjatkan pada Yang maha Esa dimakbulkan. AMIN.
30 September 2010
Program ICT selepas UPSR
Peperiksaan UPSR telah pun selamat diduduki oleh semua murid. Pihak sekolah telah mengadakan program selepas peperiksaan UPSR. Program yang melibatkan ICT akan diadakan selama 2 minggu bermula pada 27 September hingga 8 Oktober 2010. Program ICT ini diadakan selepas waktu rehat murid Tahap 2 iaitu pada jam 11.15 sehinggalah 12.30 tengah hari. Program ini memberi pendedahan ICT kepada murid-murid Tahun 6 dengan aktiviti seperti pengenalan akaun gmail, pembinaan laman blog dan pembinaan bahan pembelajaran dengan penggunaan Microsoft Office 2007. Semoga dengan program sebegini dapat memberi pendedahan ICT kepada semua murid Tahun 6 agar dapat menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran ICT dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada pihak yang sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini. Kerjasama anda amatlah dihargai.
13 August 2010
Bulan Ceria Merdeka
Pada 10 Ogos 2010, pelancaran Bulan Ceria Merdeka telah dianjurkan. Pelancaran ini diadakan agar semua murid SK Tanjong Bidara sama-sama menghayati bulan kemerdekaan dan menghayati erti kemerdekaan. Walaupun cuaca hujan renyai pada pagi itu, semangat kemerdekaan yang ada dalam jiwa setiap murid SK Tanjong Bidara tetap membara, sama-sama melaungkan MERDEKA, bergema di setiap ruang dewan sekolah. Semoga dengan pelancaran Bulan Ceria Merdeka, semua murid akan terus mencintai negara dan mengenang jasa para pemimpin yang telah banyak berjasa menuntut kemerdekaan negara kita yang tercinta.
12 August 2010
Hari Persaraan Guru Besar
Warga SK Tanjong Bidara telah mengadakan Majlis Persaraan Guru Besar, Pn Hjh Rabiah Budin pada 19 Julai 2010. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Melaka iaitu Tn Hj Isa Hj Abu, Pegawai PPD Alor Gajah, Guru Besar dan Pengetua sekolah yang berhampiran. Majlis gilang gemilang itu berjalan dengan lancar dan warga SK Tanjong Bidara akan sentiasa mengenang jasa mantan Guru Besar untuk selamanya.
12 July 2010
Bengkel Pembinaan Blog
Pada 6 Julai 2010, SK Tanjong Bidara telah mengadakan satu kursus yang melibatkan semua guru.Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan program-program komputer dikalangan guru-guru SK Tanjong Bidara. Di samping itu juga, kursus ini memberi pendedahan kepada guru agar menggunakan teknologi dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, kursus ini memberi pengetauan dan pendedahan kepada pembinaan blog. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan iaitu Encik Md Abu Fadrey Md Yusof, Guru Penyelaras Bestari SK Bukit Beringin dengan dibantu oleh Encik Hazaree Hamdan, Fasilitator Schoolnet dan juruteknik; Cik Amira Abu Kasim. Kerjasama yang diberikan daripada mereka telah banyak membantu semua guru di SK Tanjong Bidara.Semoga dengan bengkel sebegini, warga SK Tanjong Bidara dapat memantapkan lagi diri setiap individu dan menggunakan teknologi ICT sebagai satu medium utama dalam P&P mereka.
Gotong-royong
Walaupun aktiviti gotong-royong dah lama berlalu, tapi gambarnya masih ada. Kesibukkan kadang kala membuat kita lupa. Setelah lama berehat, baru hari ini berjaya untuk mengemaskini laman blog sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bersusah-payah bersama-sama menceriakan kawasan sekolah kita. Semoga dengan aktiviti sebegini dapar mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)













