30 July 2015

BENGKEL i-THINK DALAM PdP BAHASA MALAYSIA

Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. i-THINK membawa maksud innovative THINKing ( Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir. Lantaran itu,, Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan satu bengkel untuk guru Bahasa Melayu agar dapat mengaplikasikan i-THINK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih diucapkan kepada Puan Moinah binti Pakusiam, Pegawai SIC+ Bahasa Melayu dari Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah di atas kesudian beliau untuk berkongsi maklumat tentang i-THINK bersama guru-guru Bahasa Melayu SK Tanjong Bidara. Semoga perkongsian beliau dapat dimanfaatkan dan inovasi dalam PdP dapat dilaksanakan dengan baik.

25 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada 25 Julai 2015 ( Sabtu)di Dataran Sri Bidara, SK Tg Bidara bermula jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi. Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Latipah Omar YDP PIBG yang telah sudi hadir memeriahkan majlis sambutan ini. Beberapa pertandingan diadakan sepanjang majlis sambutan ini. Antaranya ialah pertandingan menganyam ketupat dan karaoke lagu-lagu raya. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah terlibat dalam menjayakan majlis sambutan ini. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur majlis ini iaitu Kelab Guru dan Staf SK Tanjong Bidara. Syabas! 


13 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN

Majlis yang diadakan pada 13 Julai 2015 ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin sempena bulan Ramadhan. Selain itu, majlis ini juga adalah untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan aktiviti tadarus Al-Quran bersama murid-murid. Majlis ini juga diharapkan agar dapat membantu meringankan beban ibu bapa bagi murid-murid miskin serta anak yatim. Terima kasih dan tahniah kepada yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini. Syabas!


    

10 July 2015

MAJLIS IFTAR JAMAIE MURID-MURID TAHUN 6

Majlis Iftar Jamaie ini diadakan pada 10 Julai 2015. Majlis ini melibatkan semua murid Tahun 6 bersama ibu bapa mereka. Matlamat program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan membentuk kerjasama yang erat antara guru, ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 dalam usaha memohon keberkatan dan kejayaan murid-murid Tahun 6 dalam UPSR daripada Allah SWT serta sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Selain itu juga, majlis ini juga adalah untuk meraikan bulan Ramadhan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling dan Guru-guru Tahun 6 SK Tanjong Bidara. Tahniah dan syabas!


07 July 2015

PROGRAM PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE

Program ini dijalankan pada 22 Jun 2015 hingga 10 Julai 2015 bermula pada hari Isnin hingga Khamis jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini melibatkan semua guru untuk membina sekurang-kurangnya satu laman pembelajaran yang boleh digunakan dalam proses PdP. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang membantu melancarkan program ini dan guru-guru yang menyertai program ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru yang berjaya membina laman pembelajaran mereka sendiri.



01 July 2015

MAJLIS TANDA KASIH

Majlis perjumpaan bersama ibu bapa dan guru diadakan pada 1 Julai 2015 ( Rabu). Perjumpaan bersama ini adalah untuk membincangkan perkembangan prestasi murid. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa / penjaga yang hadir untuk menandatangani rekod.