29 January 2013

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Tahniah dan syabas kerana telah berjaya melancarkan program sekolah penyayang pada 28 Januari 2013 ( Isnin). Pelancaran ini dilakukan semasa perhimpunan rasmi sekolah dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Tanjong Bidara iaitu Tn Hj Mutallif Che Mat. Majlis pelancaran ini dimeriahkan lagi dengan semua murid dan guru menyanyikan lagu  Selamat Hari Lahir kepada murid dan guru yang lahir pada bulan Januari. Tahniah diucapkan.



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 25 Januari 2013 ( Jumaat), majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah dilaksanakan, bertempat di surau sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin. Majlis diteruskan lagi dengan semua murid berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ceramah tentang keperibadian terpuji Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Jupri Amsah mengakhiri majlis sambutan Maulidur Rasul. Semoga amalan kita menyambut Maulidur Rasul diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. Insyaa Allah. WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.



KURSUS KEPIMPINAN MUDA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Kursus kepimpinan muda ini telah dilaksanakan pada 19 Januari 2013 ( Sabtu), bertempat di dewan sekolah. Semua pemimpin muda sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pembantu rakan sebaya, pengawas Boss, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah menyertai kursus ini. Kaunselor dari SM Teknik Dato' Mat Zin, Alor Gajah iaitu Puan Azizah bt. Ahmad telah mengendalikan slot motivasi untuk pemimpin-pemimpin muda ini. Setelah selesai slot motivasi, kursus ini telah diteruskan lagi dengan slot LDK yang telah dikendalikan oleh beberapa orang guru yang telah dilantik sebagai fasilitator. Kursus ini berjalan dengan lancar dan kerjasama daripada semua pihak telah menjayakannya. Syabas!



17 January 2013

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majlis perjumpaan ibu bapa Tahun 6 telah dilaksanakan pada 4 Januari 2013 pada pukul 2.30 petang bertempat di dewan sekolah. YDP PIBG sekolah iaitu Datuk Latipah bt Omar, telah merasmikan majlis seterusnya majlis ini diteruskan lagi dengan dialog ibu bapa bersama guru-guru yang mengajar Tahun 6 2013. Beberapa strategi dicadangkan dan dibincang bersama-sama untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah. Moga kerjasama dan hubungan baik antara pihak sekolah dan para ibu bapa ini dapat dikekalkan dan bersama-sama memantapkan lagi kecemerlangan prestasi sekolah.

  

02 January 2013

Minggu Suai Kenal Tahun 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu suai kenal Tahun 1 telah berlangsung selama dua minggu. Semua murid Tahun 1 didedahkan dengan suasana sekolah sepanjang minggu ini. Segala peraturan semasa di dalam kelas, di bilik-bilik khas, dan undang-undang sekolah sentiasa di ingatkan kepada murid-murid ini. Diharapkan agar kanak-kanak ini akan menjadi murid yang berdisiplin dan cemerlang dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Terima kasih di atas kerjasama erat antara guru-guru yang telah menjayakan minggu suai kenal ini. 

 

01 January 2013

Selamat Datang & Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada 27 Disember 2012, orientasi untuk pra sekolah dan murid-murid Tahun 1 telah diadakan. Majlis telah dimulakan seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Moga anak-anak didik ini menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti. Insyaa Allah.





Selamat Tahun Baru


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Warga SK Tanjong Bidara mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga 2013 membawa lebih banyak kejayaan yang bakal dicapai dan menjadi sebuah sekolah yang melahirkan ramai murid yang cemerlang. Insyaa Allah.