Salam 1 Malaysia. Bagi menghangatkan lagi Minggu Bahasa yang telah dilancarkan, pertandingan pengucapan awam bagi murid-murid tahun 6 telah dijalankan. Peserta pertandingan dipilih secara rawak kemudian pihak penganjur iaitu Panitia Bahasa Melayu memberi tajuk mudah untuk murid yang terpilih membuat pengucapan awam. Antara tajuk yang diberi adalah tentang keluarga, guru kesayangan dan sekolah saya. Melalui pertandingan ini, bakat murid dapat dicungkil dan digilap agar dapat menjadi murid yang serba boleh bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi mampu berucap di khalayak ramai serta berkomunikasi dengan baik di hadapan penonton. Semoga dengan pertandingan sebegini, sekolah dapat menyediakan bakal-bakal pemimpin yang petah berbicara, yang dapat memberi hujah yang bernas serta dapat menyuarakan pendapat dengan lebih berani dan berkesan. Syabas kepada peserta pertandingan ini kerana telah memulakan langkah awal untuk menjadikan diri mereka lebih berani untuk tampil ke hadapan.
28 February 2011
SELAMAT MENGHADAPI UJIAN BULANAN PERTAMA
Salam 1 Malaysia. Bermula 1 Mac sehingga 4 Mac 2011, semua murid akan menghadapi Ujian Bulanan Pertama. Semoga semua murid SK Tanjong Bidara dapat menjawab semua soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Doa kepadaNYA,usaha yang berterusan, ikhtiar, dan tawakal kepadaNYA, Insya Allah pasti akan mendatangkan hasil yang terbaik. Selamat menghadapi ujian bulanan kepada semua murid SK Tanjong Bidara.
23 February 2011
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NILAM BERSAMA KUNTUM
Salam 1 Malaysia. Pada hari ini, sekolah kami telah mengadakan Majlis Perasmian Program Nilam bersama Majalah Kuntum.Program ini dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar SKTB, diikuti ucapan daripada Pegawai PKG Pengkalan Balak, Encik Razak bin Sampul yang seterusnya merasmikan majlis ini. Beberapa persembahan murid telah menyerikan lagi majlis ini. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil Majalah Kuntum iaitu Puan Siti Aisyah. Soalan kuiz daripada beliau telah menggamatkan suasana majlis ini. Beberapa orang murid yang terpilih telah berjaya menjawab soalan tersebut dan telah mendapat hadiah saguhati daripada Majalah Kuntum. Suasana semakin meriah apabila maskot majalah ini iaitu Si Comel dibawa ke tapak perhimpunan untuk menyampaikan hadiah kepada murid yang telah berjaya menjawab soalan dengan tepat. Sesi bergambar dengan Si Comel bersama murid-murid yang melanggan majalah ini, murid prasekolah, bersama pengawas perpustakaan, pengawas sekolah, dan bersama semua guru SKTB mengakhiri majlis ini. Semoga majlis sebegini dapat diteruskan lagi untuk tahun yang akan datang. Syabas kepada pihak penganjur dan semua warga SKTB yang telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.
22 February 2011
PERTANDINGAN BERCERITA TAHUN 3
Salam 1 Malaysia. Sempena menyambut Minggu Bahasa, satu pertandingan bercerita telah diadakan khususnya bagi murid-murid Tahun 3. Tahun 3 Arif diwakili oleh adik Ahmad Shukri dan Nurul Afiqah manakala Tahun 3 Afdal diwakili oleh adik Amri Amsyar dan Noraishah Muid dan Tahun 3 Amanah diwakili adik Mohd Hadif Razak. Melalui pertandingan ini, kita dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid dan melihat sejauh mana kemampuan murid-murid ini untuk berhadapan dengan orang ramai. Sekaligus melatih murid-murid ini agar lebih berani pada masa hadapan bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'.
Syabas untuk peserta pertandingan bercerita!
21 February 2011
PERASMIAN MINGGU BAHASA
Pada pagi ini, sekolah kami telah mengadakan Majlis Perasmian Minggu Bahasa Anjuran Pusat Sumber SKTB bersama Panitia Bahasa Melayu. Persembahan murid tahap 2 iaitu nyanyian lagu rakyat Suriram dan kuiz bahasa untuk semua tahap telah diadakan bagi menyerikan lagi Pelancaran Minggu Bahasa. Perhimpunan pagi ini telah diserikan lagi dengan penyampaian hadiah untuk murid yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan catur dan penyampaian sijil dan trofi kepada sekolah yang telah mendapat naib johan bagi pertandingan lorong dan sudut PPDa peringkat negeri Melaka pada tahun lepas. Tahniah diucapkan. Semoga prestasi cemerlang ini akan berterusan untuk tahun yang mendatang.
16 February 2011
CARA HIDUP SIHAT
Salam 1 Malaysia. Pada hari ini, pihak Omizu Body Health Care telah mengadakan sesi rawatan kesihatan percuma untuk tekanan darah, body fat, VFAT ( visceral Fat), BMI ( Body Mass Index) dan BMR ( Basal Metabolic Rate). Semua guru tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ujian kesihatan percuma ini. Kesihatan diri amatlah penting bagi menjamin segala urusan kita dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Marilah kita menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan budaya hidup yang sihat.
14 February 2011
'1 MALAYSIA, 1 UMMAH'
Warga SK Tanjong Bidara mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1432H. Hayatilah kisah Maulidur Rasul:
Kelebihan Nabi Muhammad.
Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :
Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :
1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Di untukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.
RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT
Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.
WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :
Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :
1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Di untukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.
RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT
Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.
WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH
Salam 1 Malaysia. Majlis pelantikan watikah pemimpin muda sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 14 Februari 2011. Majlis ini telah dirasmikan oleh Cif Inspektor Rosman bin Said , Ketua Balai Polis Masjid Tanah, Melaka. Rasional majlis ini adalah supaya semua murid mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang perlu dididik dan dibimbing agar bakat semulajadi ini tidak dipersiakan. Selaras hasrat tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling berusaha menerapkan ciri-ciri ini terhadap murid-murid yang berpotensi dengan harapan, jika tidak dapat memimpin orang lain, sekurang-kurangnya dapat memimpin diri sendiri. Pemimpin muda ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas Perpustakaan, Pengawas BOSS dan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS). Semoga dengan penyerahan watikah pelantikan itu, semua pemimpin cilik ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik lagi. Selamat menjalankan tugas pemimpin muda SKTB.
11 February 2011
TAHNIAH PASUKAN PINGPONG SKTB
Salam 1 Malaysia. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan dan guru penasihat pingpong SK Tg Bidara kerana telah memenangi perlawanan pingpong yang telah diadakan di SJKC Paya Mengkuang pada minggu yang lalu. Seramai 6 orang murid telah mewakili sekolah ke perlawanan tersebut dan seramai 4 orang telah terpilih untuk mewakili kawasan Masjid Tanah. Tahniah diucapkan kepada murid tersebut. Semoga pada masa akan datang, pasukan sekolah dapat mengekalkan kemenangan dan menjadi sekolah yang terbaik dalam satu-satu perlawanan. Teruskan usaha.
MAJLIS BACAAN YASSIN
Pada setiap hari Jumaat, sekolah kami mengadakan bacaan Yassin bersama semua guru dan murid. Bacaan Yassin pada hari ini telah dipimpin oleh Ustaz Helmi bin Saleh. Ramai murid yang telah membawa air minuman semasa bacaan Yassin untuk mendapatkan keberkatan daripada bacaan ini. Selepas bacaan Yassin, Ustazah Norizan binti Abdullah ( mengikut giliran) memberi tazkirah ringkas. Aktiviti setiap minggu ini memberi banyak manfaat dan semoga ianya akan berterusan untuk tahun seterusnya.
08 February 2011
LATIHAN PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA
Salam 1 Malaysia. Pada pagi ini, Unit Disiplin SK Tanjong Bidara bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan latihan pelantikan pemimpin muda untuk pengawas sekolah, pegawas perpustakaan, pengawas BOSS, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Majlis pelantikan rasmi akan diadakan pada 14 Februari 2011 ( Isnin) sewaktu perhimpunan rasmi. Latihan awal adalah untuk memastikan semua pemimpin muda ini agar bersedia dan menepati tatacara yang dikehendaki oleh unit yang terlibat.
01 February 2011
BUDIMU KU SANJUNG
Salam 1 Malaysia. ' Harimau mati meninggalkan belang, manusia meninggalkan jasa dan budi'. Jasa dan budi guru-guru yang telah meninggalkan SK Tanjong Bidara sangat berharga dan tidak terbalas dengan nilai apa sekalipun. Antara guru yang telah berpindah adalah Puan Sharipah bt Mahat, GPK HEM, Puan Rohainih bt Ajun, Puan Sazila bt Zakaria, Puan Jumaatun bt Mihat, Puan Paridah bt Abbas, Puan Hariefa Serjiha bt Hussin dan Puan Asmawati bt Abd. Samad. Ikatan ukhuwah yang erat, mesra antara satu sama lain akan terus diingati dan semoga guru-guru ini akan terus mengekalkan tahap kecemerlangan di tempat yang baru serta dapat menyambung khidmat budi bersama murid dan rakan sekerja yang baru.
SELAMAT DATANG GURU-GURU BARU
Salam 1 Malaysia. Patah tumbuh, hilang berganti. Begitulah lumrah kehidupan kita. Pada tahun ini, beberapa orang guru telah berpindah masuk ke SK Tanjong Bidara menggantikan beberapa orang guru yang berpindah keluar. Antara guru yang telah berpindah masuk adalah Puan Zainab bt. Mohd. Yusoh selaku GPK 1 yang baru, Encik Ibrahim b. Daud selaku GPK 3, Puan Sharida bt Ishak, Cik Izan Suzanee bt Mohtar, Puan Nazaratul Syima bt Zaini, dan Puan Wa'arina bt Musa. Semoga dengan kedatangan guru-guru baru ini dapat meningkatkan lagi tahap kecemerlangan SK Tanjong Bidara.
Subscribe to:
Posts (Atom)