29 May 2015

PROGRAM MOTIVASI KEMBARA MALAM (QIAMULLAIL & SOLAT HAJAT):MEMBENTUK ROHANI & SAHSIAH CEMERLANG

Program ini diadakan untuk semua murid Tahun 6 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru Tahun 6 SK Tanjong Bidara. Program ini diadakan pada 29 Mei hingga 30 Mei 2015 bertempat di Dewan SK Tanjong Bidara. Pengisian program ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah yang sangat dituntut oleh agama. Qiamullail adalah sumber kekuatan rohani bagi orang mukmin. Diharapkan dengan program sebegini murid-murid SK Tanjong Bidara bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh. Terima kasih kepada semua guru yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Moga program qiammullail menjadi amalan harian kita. Inshaa Allah.





24 May 2015

HARI KELUARGA SKTB

Hari keluarga SKTB telah diadakan pada 23 & 24 Mei 2015 bertempat di PD Sanctuary Apartment. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang hari keluarga ini berlangsung. Terima kasih kepada yang telah memberi kerjasama erat bagi menjayakan aktiviti yang pertama kali dianjurkan untuk warga SK Tanjong Bidara. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu Kelab Guru dan Staf SK Tanjong Bidara yang berjaya merealisasikan perancangan kelab. Syabas!



18 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

Majlis Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 18 Mei 2015. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Acara sukaneka dan persembahan guru diadakan dengan jayanya. Tahniah kepada Kelab Guru dan Staf SK Tanjong Bidara. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis sambutan ini. Syabas!


04 May 2015

BULAN SAINS SK TANJONG BIDARA

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan Mei 2015 yang merupakan bulan Sains. Antara aktiviti menarik adalah Giant Bubbles, Volcano, White Snake dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat menanam minat murid dalam Sains. Tahniah kepada Panitia Sains yang telah menganjurkan dan menjayakan bulan Sains ini. Terima kasih kepada semua guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung. Syabas!