24 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 24 Januari 2014. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan kepada semua warga SK Tanjong Bidara, Melaka kerana telah menjayakan sambutan ini. Syabas!


18 January 2014

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH

Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SK Tanjong Bidara, Melaka. Matlamat utama program ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri murid-murid serta melahirkan murid-murid bertanggungjawab, dedikasi dan dapat menjadi pemimpin yang berkebolehan dalam memimpin sesebuah organisasi yang kecil mahupun besar. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan iaitu Encik Abdul Malek bin Taha, Jemaah Nazir Sekolah Negeri Melaka. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini. 








11 January 2014

PROGRAM JALINAN KECEMERLANGAN UPSR 2014

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 yang telah mengharumkan dan meningkatkan prestasi sekolah. Syabas!Teruskan kecemerlangan.

01 January 2014

SELAMAT DATANG 2014

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua warga SK Tanjong Bidara, Melaka.